Kelas Microsoft Office – Powerpoint & Advokasi

6 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Julai 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office – Powerpoint dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan Microsoft Office Powerpoint dalam pembelajaran dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.

Kelas Microsoft Office Powerpoint ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas. Dalam kelas ini, pelajar diminta untuk membuka fail biodata diri yang telah disimpan atas nama mereka untuk mencipta persembahan baru dan seterusnya menambah slide ke dalam slide yang sedia ada. Mereka turut mengulangkaji mengenai kaedah mendua (duplicate slide), delete atau membuang slide serta menambah elemen teks dalam slide. Kemudian, pelajar diminta untuk mempersembahkan slide biodata diri yang telah siap dibuat.

Dalam kelas ini juga para pelajar telah diajar cara untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan dan selamat untuk digunakan bagi jangka masa yang panjang. Selain itu, pelajar turut dididik dengan segmen Klik Dengan Bijak untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet khususnya pelajar supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk mereka melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali